Bagaimana mahu menilai ketaatan isteri? lagi-lagi apabila kita sekarang ni berada dalam lingkungan corak hidup isteri perlu keluar bekerja. join program sana-sini. charity show. update fashion semasa lagi. betapa bukan mudah untuk mengekalkan rentak isteri solehah jika iman tidak di refresh from time to time. jom nilai ketaatan diri.
1.Setiap suruhan suami dia laksanakan. jangan bila suami cakap yang..nak kopi O kurang manis ea. penat lah. isteri tarik muka. mulut muncung. abang ingat saya tak penat. huh. terus naik rumah atas. jangan kerana kerja di pejabat membuatkan seseorang isteri itu melanggar suruhan suami.
2.Jangan buat apa yang suami tidak suka. walaupun pada perkara kebaikan seperti charity. join kumpulan nasyid. kumpulan selawat. berpolitik. once suami kata tidak maka tidaklah. Harus diingat juga ada ulamak pernah berkata: bahkan untuk menyarung pakaian apa sekalipun perlu mendapat redha suami. bila suami dah tak suka isteri pakai warna merah. warna terang-terang ke pejabat. maka janganlah.
3.Tunai apa suami minta.
Betapa beruntungnya seorang isteri. mana-mana isteri yang solat 5 waktu cukup. puasa ramadhan. menjaga kehormatan diri dia. taat suami pula. maka masuklah syurga melalui mana-mana pintu sekalipun. seorang isteri tidak dibebankan dengan tanggungjwab menegur. bahkan jika suami tidak solat. isteri tidak menanggung dosa suami. berbeza pula isteri yang tidak solat. suami dosa. isteri dosa. isteri tidak menutup aurat. suami tak nak tegur sebab sayang katanya. maka tanggunglah suami dosa isteri tersebut. isteri tidak di pertanggungjawabkan dengan urusan kewangan. kesihatan. semua ini di pertanggungjawabkan ke bahu suami. justeru mana-mana isteri yang bekerja haruslah bijak menguruskan masa agar tanggungjawabnya terhadap suami tidak diperlecehkan. bahkan lebih teruk digelar nusyuz.
Allah Bless.